Bagi yang sempat membeli Adidas NMD ‘Japan Pack’ minggu lalu, tahniah diucapkan. Tetapi bagi yang tidak sempat, jangan risau. Ini mungkin pengubat kedukaan anda.

Adidas akan melancarkan model Adidas NMD City Sock 2 ‘Sashiko’ ini pada 17 Ogos 2017(esok). Sekali pandang ianya seperti corak glitch yang pernah dikeluarkan Adidas sebelum ini. Cuma kali ini, coraknya lebih menarik. ‘Sashiko’ adalah salah satu teknik jahitan Japan yang diambil inspirasi untuk koleksi ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nm2

nm3

nm4

Bukan hanya model NMD City Sock 2 yang ada dalam koleksi Sashiko ini. Dua corak NMD_R1 juga akan hadir bersama NMD City Sock 2 ini. Mengikut sumber, kasut ini akan berada di beberapa butik Adidas terpilih di Kuala Lumpur dan juga Crossover. Tiada maklumat tentang berapa pasang yang akan dijual di Malaysia tetapi yang pasti, ianya limited. Harga jualan pula mungkin sekitar RM760 sepasang. Mana satu pilihan hati? NMD_R1 atau City Sock?

Adidas NMD r1

Sumber