Kerjasama antara adidas dan Pharrell Williams diteruskan lagi untuk tahun 2019 dan kali ini, adidas berkolaborasi lagi dengan jenama milik Pharrell Williams, Billionaire Boys Club (BBC) untuk model khas ini.

Model ini menampilkan rekaan checkered dengan pemilihan warna ‘Power Blue/Core Black/Cloud White’. Tulisan ‘Heart & Mind’ tertulis pada bahagian atas kasut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan kasut adidas NMD Hu x BBC ‘Heart & Mind’ akan mula dijual di seluruh dunia termasuk Malaysia pada 3 Mei 2019 (Jumaat) dengan harga pasaran RM1,200. Anda yang berminat, kasut ini hanya akan dijual di cawangan adidas KLCC bermula jam 10.00 pagi atau beli secaa atas talian di sini. Boleh buat kasut raya tahun ini.