Walaupun belum keluar lagi secara rasmi, tetapi ini adalah kasut paling rare yang akan dihasilkan khas untuk penyanyi rap Amerika Syarikat, Pharrell. Adidas NMD Human Race adalah model khas untuk Pharrell dan nampaknya beliau akan membuat kolaborasi bersama jenama fesyen mewah terkenal Chanel.

Chanel sememangnya antara jenama yang menjadi kegemaran Pharrell. Sebelum kolaborasi ini, Pharrell turut gemar melukis logo Chanel pada kasut yang beliau pakai menunjukkan minat beliau yang mendalam kepada jenama ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

pharrell chanel

Adidas NMD Human Race ini adalah kasut kolaborasi rasmi antara Chanel,Pharrell dan adidas yang akan dilancarkan pada 21 November ini. Tulisan Pharrell dan Chanel akan menghiasi bahagian atas kasut ini serta logo ‘CC’ di bahagian belakang kasut.

Dikhabarkan kasut ini hanya akan dijual secara eksklusif hanya di butik Colette, Perancis. Harga retail untuk kasut ini dijangka pada harga €1,000 (lebih kurang RM4,930) dan sangat limited. Kalau anda berada di Paris 21 November ini, bolehlah cuba nasib. Yang pasti, harga resell untuk kasut ini pasti boleh buat umrah balik hari.

colette
213 Rue Saint Honoré
Paris, France 75001

Chanel NMD

Sumber