Dengan Tahun Baru Cina bakal menjengah bulan hadapan, perancangan untuk menyambut perayaan ini dilihat semakin meriah.

Untuk memperingati Tahun Baru Cina pada 25 Januari ini adidas telah melancarkan simbol naga khas untuk Manchester United.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelab bola sepak Inggeris mengeluarkan jersi merah yang dikemas kini dengan cetakan naga merangkumi depan, belakang dan kedua-dua lengan. Kemeja ini dilaporkan mempunyai reka bentuk yang sama dengan baju 2018 adidas x EA Sports.

adidas-manchester-united-chinese-new-year-football-kit-2019-20-release-info-2

Di bawah leher terpampang logo adidas disaluti emas bersama lencana kelab Manchester United yang terkenal. Sebagai tambahan kepada kit khas ini, pelbagai jenis pakaian turut ditawarkan.

Lihat bagaimana baju ini dipamerkan oleh bintang utama United, Daniel James, Scott McTominay dan Marcus Rashford.

adidas-manchester-united-chinese-new-year-football-kit-2019-20-release-info-4

Pembaca yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini boleh berbuat demikian dengan melawat butik adidas yang terpilih atau secara atas talian dengan harga RM389.

Berikut adalah cerita lain mengenai kolaborasi adidas dan Manchester United. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Northern Quarter’ Jadi Inspirasi Jersi ‘Away’ Manchester United

Manchester United Umumkan Jersey Ketiga Sempena Musim 18/19