Selepas mengeluarkan adidas Ultraboost Laceless koleksi warna pastel, adidas Original nampaknya bakal membawa kembali rekaan warna klasik iaitu hitam untuk model UltraBOOST Laceless.

Model slip-on ini tidak mempunyai banyak perbezaan daripada model sebelumnya dengan penggunaan warna hitam untuk fabrik knit pada keseluruhan kasut ini dan tulisan UltraBOOST pada bahagian tepi kasut ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seterusnya penggunaan getah elastik pada pergelangan kaki di kasut ini disertakan untuk menberikan keselesaan pada pemakai ketika berlari dan berjalan.

Adidas UltraBOOST Laceless ‘Core Black’ bakal mula dijual 1 Mei ini. Kepada yang berminat anda boleh mendapatkannya di butik adidas Originals yang berdekatan dengan kawasan anda.

adidas-ultraboosts-laceless-core-black-002

adidas-ultraboosts-laceless-core-black-003

adidas-ultraboosts-laceless-core-black-004