Berjaya dengan warna black gum pada awal bulan ini, adidas Originals pada bulan April bakal mengeluarkan dua lagi warna menarik bagi model Swift Run Primeknit.

Melalui koleksi pada kali ini, dua warna yang diumumkan adalah warna biru muda dan multicolor. adidas Originals Swift Run Primeknit menggunakan fabrik knit pada bahagian atas kasut dan disertakan logo trademark tiga jalur pada bahagian tepi kasut.

adidas Originals Swift Run bakal dijual dengan harga sekitar $120 (RM 464.88). Buat anda yang sedang mencari kasut dengan rekaan menarik serta hadir dengan harga mampu milik, anda boleh dapatkan kasut ini bermula 1 April ini di butik adidas berdekatan anda.

adidas-swift-run-april-2018-colorways-02-1200×800

adidas-swift-run-april-2018-colorways-03-1200×800

adidas-swift-run-april-2018-colorways-04-1200×800

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤