Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Seronoknya bila dah boleh kembali bersukan seperti sebelum ini! Yang suka main bola sepak, main badminton, panjat gunung dan yang suka ke gym semua dapat kembali buat aktiviti yang mereka cintai.

Cuma bila sudah selesai buat sesuatu aktiviti ini, timbul rasa tidak selesa bila badan mula berpeluh. Lagi-lagi bagi yang kuat berpeluh. Terus rasa malu nak dekati rakan-rakan takut mereka tidak selesa dengan ‘bau badan’ yang keluar akibat peluh.

Produk yang anda sedang guna mungkin tidak sesuai dengan badan anda dan ia boleh jadi salah satu faktor peluh anda berbau.

Sebagai satu jenama sukan terbesar di dunia, kita pasti sudah tahu tentang kualiti serta keselesaan pakaian dan kasut buatan adidas. Selain apparel dan juga kasut, adidas sebenarnya turut menghasilkan koleksi fragrance & body care range (pewangi dan penjagaan badan) yang sedap baunya dan harga berpatutan!

Ya, mungkin anda tidak perasan tentang wujudnya koleksi ini. Kini, sudah tiba masanya untuk anda mencubanya!

Dihasilkan bersama atlet sebelum dijual di pasaran

Sesuatu yang berbeza untuk produk pewangi dan penjagaan badan adidas ini ialah ia dihasilkan bersama para atlet sebelum dijual di pasaran.

Produk penjagaan tubuh yang inovatif ini akan memastikan kebersihan dan perlindungan kepada tubuh walaupun anda berada dalam keadaan yang mencabar. Disebabkan itu koleksi penjagaan badan adidas ini sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan atlet.

Saiz setiap produknya juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. Jadi, senang untuk anda selitnya dalam gym bag atau travel luggage anda sebelum mulakan pengembaraan atau bersukan!

Ini produk paling laris dalam koleksi fragrance & body care adidas

1. ICE DIVE EAU DE TOILETTE (EDT) 100ML

Ice Dive, siri paling popular di Malaysia dan seluruh dunia. Diinspirasikan daripada kesegaran bau lautan, ICE DIVE EAU DE TOILETTE ini tahan lama ketika dipakai dan akan memastikan anda kekal segar, bertenaga dan bersemangat.

Baunya woody dan mempunyai hint bau-bauan Mint Leaves, Grapefruit, Lavender, Geranium, Sandalwood, Musk, dan Vanilla.

Tidak dilupakan rekaan bentuk botol pewangi ini yang diinsprasikan daripada bentuk tubuh badan manusia sebenar menjadikan ia mudah untuk digenggam ketika membuat semburan. Memang cool!

2. ICE DIVE DEODORANT SPRAY 150ML

Berdasarkan komen pengguna semasa deodoran ini, ini adalah antara deodoran terbaik yang ada di pasaran! Diformulakan dengan teknologi unik adidas COOL & DRY, deodoran ini dapat memberi perlindungan 48-jam daripada peluh dan bau badan.

Deodoran ini juga tidak mengandungi sebarang alu salt (0% ALUMINUM SALTS) yang boleh memberi rasa tidak selesa (untuk sesetengah individu) bagi jangka masa panjang. Deodoran juga sesuai untuk hampir semua jenis kulit kerana telah diuji secara dermatologi dan mesra PH kulit.

3. ICE DIVE DEODORANT ROLL-ON 40ML

Untuk anda yang tidak gemarkan deodorant semburan, deodoran roll-on ini untuk anda. Juga diformulakan dengan teknologi unik adidas COOL & DRY, deodoran ini dapat memberi perlindungan 48-jam daripada peluh dan bau badan kepada anda.

Selain mesra PH kulit, deodoran ini juga telah diuji secara dermatologi.

4. 3 IN 1 ICE DIVE SHOWER GEL 250ML | 400ML

Gel mandian segar yang sesuai untuk dibawa ke mana-mana! Gel mandian 3 dalam satu (untuk cuci badan, rambut dan juga muka) ini sangat sesuai untuk anda yang on the go dan tidak suka bawa banyak peralatan mandi ketika ke gym, padang atau travel.

Kami sendiri merupakan pengguna setia 3 IN 1 ICE DIVE SHOWER GEL kerana selepas menggunakannya, ia memberikan satu rasa segar yang buatkan anda rasa rileks dan selesa. Gelnya juga sangat smooth dan baunya cukup wangi!

Di mana saya boleh membelinya?

Koleksi pewangi dan penjagaan badan adidas ini boleh dibeli secara dalam talian di Shopee, Lazada dan Zalora atau di farmasi terkemuka seluruh negara seperti Watsons dan Guardian.

Kami yakin anda akan berpuas hati dengan set pewangi dan penjagaan badan adidas ini. Bila anda go adidas, anda tidak akan berpaling lagi. Selamat membeli!

Ini beberapa artikel lain berkaitan jenama adidas. Klik pada pautan di bawah.

Butik adidas Sneaker Collect Kedua Dunia Kini Dibuka Di KLCC

Bertempat Di Pavilion, adidas Lancar MakerLab Pertama Di Malaysia

Tak Sangka Lelaki Ini Antara Pengumpul Kasut Adidas Yang Dikenali Di Dunia