Pada awal tahun ini, Pokemon Campus dan jenama sukan terbesar dunia adidas Original telah berkolaborasi dalam mereka bentuk kasut edisi khas dengan Pikachu sebagai maskot rasmi.

Terbaharu, adidas dan kartun anime Jepun yang terkenal di seluruh dunia kembali lagi dengan reka bentuk terbaharu dengan Pikachu dalam mood 8-bit.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Pandangan pertama bagaimana kasut ini akan hadir dapat dilihat melalui perkongsian @US_11. Sebahagian besar reka bentuknya diselimut dengan warna putih dan tiga tanda garis sebagai lambang rasmi adidas Original.

Reka bentuk Pikachu dalam mood 8-bit ditampal di bahagian tumit kasut dengan warna kuning gelap.

Selain itu juga, kasut ini juga hadir dengan reka bentuk Pokeman yang lain seperti Bulbasaur, Charmander, Cubone, Vaporeon, dan banyak lagi dapat dilihat pada pelapik bahagian dalam.

Peminat boleh mula berharap untuk adidas mengeluarkan kasut ini tidak lama lagi di butik dan platform atas talian.

Berikut adalah kolaborasi lain adidas dengan jenama besar dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

adidas Secara Rasmi Umum Koleksi UltraBOOST 20 ‘ISS’

Prada Dan adidas Bentangkan Hasil Pertama Koleksi Edisi Terhad

adidas Bakal Jual Model YEEZY ‘Croc’ Pula Tahun Hadapan

Anda Mungkin Suka