Kolaborasi antara jenama streetwear dan restoran bukan sesuatu yang baharu dan asing namun kolaborasi terbaru oleh adidas ini paling mendapat perhatian sejak minggu lalu.

adidas telah memilih restoran terkemuka Ravi untuk menghasilkan kasut Superstar edisi terhad dan baju bagi meraikan sejarah restoran berkenaan yang bertapak di Dubai sejak 1978.

Terletak di Al Satwa, Ravi adalah restoran yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan, pelancong dan selebriti di Dubai. Ravi menawarkan makanan asli Pakistan pada harga yang berpatutan diasaskan oleh Chaudary Abdul Hameed.

adidas superstar ‘RAVI’

Anthony Bourdain merupakan adalah antara chef selebriti yang pernah melawat Ravi. Ketika didekati oleh pihak adidas setahun yang lalu, pemilik Ravi tidak menolak pelawaan berkenaan kerana salah seorang daripada mereka juga adalah seorang peminat sneakers.

“Sudah 40 tahun kami menyajikan hidangan terbaik buat warga Dubai. Disebabkan restoran kami antara yang paling nostalgik dan mempunyai sejarah tersendiri di sini, kami merasakan kolaborasi ini adalah satu gabungan yang terbaik,” kata Wawar Hammed, anak kepada Chaudary.

Kasut adidas Superstar Ravi hadir dengan warna ikonik restoran tersebut; hijau dan putih dengan tulisan ‘Ravi’ tertulis di bahagian belakang kasut dalam tulisan rumi dan jawi. Bukan itu sahaja, lukisan Ravi khas turut dicetak di bahagian insole dan 6 menu paling digemari di Ravi turut ditulis di bahagian dalam lidah kasut.

Model ini bakal mula dijual pada 23 Jun ini di butik adidas terpilih di Dubai. Jika anda sukakannya, mungkin anda boleh minta rakan anda yang berada di Dubai untuk belikan Khamis ini.

Ravi merupakan salah satu daripada 11 restoran di seluruh dunia yang dipilih untuk siri “adilicious”. Mungkin salah satu restoran nasi kandar di Malaysia pula boleh dipilih untuk siri ini di masa akan datang?

Ini beberapa model kasut yang bertemakan makanan yang pernah muncul sebelum ini. Klik pada pautan di bawah.

ASICS Perkenalkan Model GEL-Kayano 5 ‘Nasi Lemak’ Edisi Terhad

Nike SB Kembali Popular, Kasut Berharga RM389 Ini Dijual Kembali Setinggi RM6,500

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia