Selepasnya mengeluarkan warna variasi merah,hitam dan putih, adidas Predator Tango 18+ kini muncul dengan warna hitam dengan campuran perak. Model ini didatangkan khas daripada fabrik primeknit pada bahagian permukaan atas yang bewarna hitam dan weaver yang berwarna perak dengan rekaan teknologiĀ sockfit.

Warna perak metalik di bahagian tumit kasut dan tulisan predator yang timbul ini menambahkan lagi sentuhan yang amat menarik untuk disaksikan. Selain itu, model ini turut disertakan tapak berteknologi BOOST berwarna hitam.

Anda boleh dapatkan koleksi ini laman web adidas dengan harga $227 (RM887.94). Sekali pandang memang sememangnya adidas Predator Tango 18+ ini mengingatkan kami kepada Black Panther. Memang sah adidas tidak salah untuk mula melancarkannya ketika ini.

adidas-predator-tango-18-black-silver-release-info-2

adidas-predator-tango-18-black-silver-release-info-3

adidas-predator-tango-18-black-silver-release-info-04

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group