adidas Running telah memperkenalkan edisi AlphaBOUNCE Beyond hari ini khusus buat para atlet menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Gabungan rekaan yang progresif, fungsi yang dipertingkatkan serta nilai estetik, kasut lari ini direka untuk para atlet menjadikan larian sebagai kaedah latihan untuk menjadi yang terbaik dalam bidang sukan mereka.

adidas Running memperkenalkan kempen ‘Run The Game’ untuk memberikan cabaran kepada atlet untuk mempertingkatkan kadar larian dalam latihan mereka agar dapat meningkatkan kejaguhan dan daya saing masing-masing.

Pelancaran edisi kedua kempen ini menampilkan atlet-atlet elit adidas termasuk bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale, pemain tenis nombor 1 dunia dan juara Terbuka Australia 2018 Caroline Wozniacki, bintang bola keranjang pasukan US All-Star sebanyak tiga kali Damian Lillard, bintang bola keranjang pasukan Houston Rockets James Harden dan bintang ‘fly-half’ All Blacks Beauden Barrett.

adidas_AlphaBOUNCE_CG4762 (10) (800×533)

adidas_AlphaBOUNCE_DB0206 (01) (800×533)

Harga Runcit yang Disyorkan Pengeluar (MRRP) untuk AlphaBOUNCE Beyond adalah RM450 dan boleh didapati sekarang melalui adidas Malaysia dan di adidas Sports Performance Suria KLCC, adidas Sports Performance Pavilion KL dan adidas Sports Performance The Gardens Mall.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤