Kalau difikirkan satu jenama sukan paling outstanding dalam 2-3 tahun ini, Adidas adalah jenama pertama yang muncul dalam minda. Adidas secara terus-menerus berjaya menghasilkan produk-produk baru yang menjadi kegilaan peminat fesyen dan sukan ketika ini.

Strategi Adidas untuk menggabungkan keselesaan dengan fesyen nampaknya sangat berjaya. Menurut laporan jualan dari cawangan mereka di Portland, jualan Adidas di seluruh dunia naik 18% kepada USD20.4 billion. Lebih menarik adalah jualan mereka naik di benua Amerika Utara sebanya 24% berbanding tahun sebelumnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Benua Amerika Utara adalah region yang paling mencabar untuk Adidas kembangkan sebelum ini kerana pengaruh kuat Nike di sana. Tetapi nampaknya Adidas sudah mendapat formula yang tepat untuk menjual setiap produk mereka di sana.

CMO Adidas, Eric Liedtke dan Kanye West

Menurut CEO Adidas, Kasper Rorsted mereka berpendapat jualan mereka untuk tahun ini juga akan meningkat di antara 11% hingga 13%. “Kami berjaya meningkatkan rasa untuk beli pengguna kepada produk kami di seluruh dunia,” tambah beliau.Peratusan jualan ini kebanyakkannya disumbangkan oleh produk-produk baharu yang sentiasa konsisten jualanya seperti kasut dari koleksi Boost,EQT, NMD, Y-3 dan juga Yeezy.

https://twitter.com/readDanwrite/status/839556933145198592

Dengan adanya koleksi kolaborasi hebat bersama Yohji Yamamoto, Alexander Wang, Kanye West, Paul Pogba dan Messi, Adidas nampak sangat unstoppable ketika ini. Mungkinkah Nike sebelum ini berasa terlampau selesa selepas hampir sedekad berada di atas tanpa persaingan? Perlahan-lahan Adidas semakin menghampiri Nike. Nike semestinya sangat menyesal kerana melepaskan influencer paling hebat yang mereka ada, Kanye West kepada Adidas.

Jadi apa yang boleh kita pelajari dari Adidas? Pertamanya ialah jangan takut dengan pencapaian competitor anda. Kedua, yakin dengan produk anda. Kalau anda jumpa ‘resepi’ yang tepat, itulah masanya untuk produk anda berkembang. Jadilah seperti Adidas!

Sumber