Bagaimana untuk memulakan tahun 2020 anda dengan bergaya? Mulakan langkah anda dengan menyarung model terbaharu daripada adidas ini, UltraBOOST 20 ‘ISS’.

Koleksi ini merupakan kerjasama antara adidas dan International Space Station (ISS) untuk menghasilkan satu koleksi yang mempunyai ciri-ciri ‘angkasa lepas’ di samping melancarkan model baharu ini dengan penuh bergaya.

SPACERACE_ULTRABOOST20_SS20_CLOSE_UP_CAGE_EG1341-LR

Mengambil inspirasi rekaan kapal angkasa, elemen dan rekaan yang terdapat pada model UltraBOOST 20 telah dipertingkatkan bagi kegunaan atlet dan juga seharian. Penggunaan material Primeknit dan BOOST seperti biasa akan memberi keselesaan yang berterusan buat pemakai.

Model UltraBOOST 20 ini akan dilancarkan secara rasmi di adidas.com dan butik adidas bermula 4 Disember 2019 dengan harga jualan RM780. Jika anda sedang mencari kasut hebat yang selesa untuk dipakai bila-bila masa, inilah jawapannya.

Beberapa hari lalu, adidas secara rasmi memperlihatkan koleksi mereka bersama jenama fesyen mewah Prada. Anda boleh baca tentangnya lagi pada artikel di bawah.

Prada Dan adidas Bentangkan Hasil Pertama Koleksi Edisi Terhad