Model Adidas Spezial NG Garwen ini adalah model paling ditunggu-tunggu peminat setia Adidas terutamanya Adidas vintaj serata dunia. Mana tidaknya, model Garwen ini adalah kasut edisi khas bekas penyanyi lagenda kumpulan Oasis, Noel Gallagher.

Kalau anda fikir Adidas cuma hebat dengan model Boost dan Yeezy, anda tersilap kerana koleksi Spezial ini juga sangat collectible dan mempunyai peminat tegarnya yang tersendiri. Spezial NG Garwen ini adalah model one-0ff dan hanya akan dilancarkan 6 April ini.

Model kasut ini diinspirasikan dari koleksi kasut Noel Gallagher sendiri yang dipinjamkan kepada Adidas untuk dihasilkan semula. Model Spezial NG ini diinspirasikan dari model kasut Adidas Brisbane. Warna navy blue dipilih dan wajah Noel Gallagher akan terpampang pada bahagian lidah kasut ini untuk membezakan kasut ini dengan model Adidas Garwen yang lain. Tarikh lahir Noel juga (28 Mei 1967) turut akan tertulis di bahagian dalam kolar kasut ini.

Persoalannya kenapa ianya menjadi hampir mustahil untuk membeli kasut ini? Dikhabarkan kasut ini tersangat limited dan kedai-kedai besar kasut di Eropah seperti Hanon pun mendapat stok yang terhad. Dan rasanya kasut ini tidak akan sampai pun ke Malaysia.

Kalau anda peminat setia kumpulan Oasis dan Adidas, sepatu ini kena ada dalam koleksi anda. Ianya akan dijual pada harga 100pound (lebih kurang RM551) dan anda boleh cuba nasib untuk membeli kasut ini secara online di sini. Atau anda boleh cuba minta rakan anda belikan kasut ini di kota London. Atau anda boleh beli di Ebay dengan harga kemungkinan besar 5 kali ganda dari harga asalnya. Don’t look back in anger, I heard you say.

Perhatian: Hati-hati ketika membuat pembelian secara online. Pastikan dahulu website yang anda sedang layari adalah website yang legit.

Sumber