addias telah menjual 1 juta pasang kasut yang diperbuat daripada plastik kitar semula di mana majoriti plastik ini dikutip dari lautan. Menurut CEO adidas, Kasper Rorsted berkata, untuk 2018, beliau menjangkakan 5 juta pasang kasut diperbuat daripada plastik terpakai akan dijual sepanjang tahun ini.

Buat anda yang mungkin tidak perasan, plastik digunakan dalam membuat tali kasut, di bahagian tumit dan bahagian dalam kasut. Setiap kasut menggunakan 11 plastik terpakai. Menjelang tahun 2024, adidas akan menggunakan kembali plastik terpakai untuk ke semua produk mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
adidas parley
Koleksi adidas x Parley

Inisiatif ini bermula apabila adidas membuat kerja sama bersama Parley for The Oceans pada tahun 2016 dan kerja sama itu tidak berhenti begitu sahaja. Ini adalah inisiatif adidas untuk mengurangkan jumlah plastik yang semakin banyak dibuang di lautan.

Satu usaha murni daripada adidas. Tambah lagi satu sebab untuk sokong adidas selepas ini.