Jenama sukan terkenal dunia, Adidas menamatkan penajaan berjumlah jutaan ringgit kepada Persekutuan Persatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) susulan skandal rasuah dan doping melanda dunia olahraga.

Berita berkenaan pasti memberi tamparan hebat kepada presiden badan induk itu, Lord Coe yang sedang cuba memulihkan reputasi sukan terbabit di saat krisis sedang melanda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

presiden-olahraga-antarabangsa

Ia menambah satu lagi halangan besar untuknya mencari penaja utama apabila olahraga kini kurang mendapat tumpuan dalam sejarah terburuknya setakat ini.

IAAF dan Adidas menandatangani perjanjian besar pada 2008 dan kontrak yang dianggarkan bernilai STG23 juta (RM139.5 juta) itu hanya akan tamat pada 2019.

Namun ia terbatal selepas bos Adidas menulis sepucuk surat kepada IAAF baru-baru ini untuk mendedahkan hasrat mereka bagi menamatkan perjanjian itu lebih awal.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram