Ini berita baik untuk penggemar jenama kasut adidas diluar sana. adidas kini tampil dengan koleksi kasut untuk filem Toy Story 4 yang akan ditayangkan tidak lama lagi di pawagam.

Menariknya, model yang digunakan untuk koleksi ini adalah UltraBOOST 19 dan rekaan corak pada kasut diinspirasikan dari pakaian watak-watak dalam filem Toy Story 4 iaitu Buzz, Woody, Bo Peep dan Forky. Malah, koleksi tersebut hadir dengan dua pilihan model UltraBOOST 19 iaitu NMD untuk saiz kanak-kanak dan Continental 80 untuk saiz dewasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi Continental 80, ianya tampil dengan dua pilihan warna iaitu hijau dan hitam dan pada dalam kasutnya terdapat gambar karakter yang diinspirasikan untuk kasut tersebut. Manakala untuk NMD, terdapat dua pilihan warna iaitu putih dan merah jambu. Pada bahagian lidah kasut, diletakkan tag Toy Story 4.

Untuk pengetahuan anda, koleksi ini dianggarkan berharga $160 (~RM663.68) sahaja dan anda boleh dapatkan di butik adidas dan secara atas talian pada 21 Jun 2019.

adidasxtoystory:2

adidasxtoystory:13

4

16

17

19

20

22