adidas baru-baru ini telah mengumumkan akan mengambalikan semula warna “Triple Black” pada model adidas UltraBOOST Clima dalam usaha untuk menghasilkan sebuah kasut yan cool dan selesa.

Pada model UltraBOOST untuk kali ini, teknologi ClimaCool telah digunakan untuk  memberikan kaki bernafas lebih mudah berikutan material yang ringan.

Seterusnya model ini masih dikekalkan rekaan seperti UltraBOOST sebelum ini dengan penggunaan fabrik tenunan Primeknit yang turut memberikan pengudaraan baik pada pemakai. Penjenamaan adidas kini kembali ke lidah kasut manakala logo  UltraBOOST pula ada pada bahagian tepi kasut.

UltraBOOST Clima “Triple Black” ini bakal mula dijual dengan harga sekitar $200 (RM 781.90). Anda boleh mendapatkannya pada 13 april ini di JD Sport dan butik adidas Originals.

WhatsApp-Image-2018-02-11-at-1.32.26-PM-1

WhatsApp-Image-2018-02-11-at-1.32.26-PM-2

WhatsApp-Image-2018-02-11-at-1.32.26-PM-3

WhatsApp-Image-2018-02-11-at-1.32.26-PM-4

WhatsApp-Image-2018-02-11-at-1.32.26-PM-5

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group