2018 menandakan ulang tahun ke-5 adidas untuk teknologi kasut yang menaikkan nama adidas di seluruh dunia, BOOST. Model EnergyBOOST adalah model pertama yang dilengkapi teknologi BOOST pada tahun 2013.

adidas memilih model paling popular mereka, UltraBOOST untuk meraikan pencapaian teknologi BOOST ini. Model edisi khas ini hadir dengan warna hitam dan putih disamping kemasan emas pada logo dan hujung tali kasut.

adidas tampil minimalis dengan pemilihan warna untuk model edisi khas ini (mengambil inspirasi warna pertama model EnergyBOOST) dan ianya dijangka dijual di butik adidas terpilih seluruh dunia bermula 1 Februari depan. Bagi peminat setia model UltraBOOST, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut ini.

ub2

ub3

ub4

ub5

ub6

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group