Bagi peminat setia jenama Adidas, pasti tahu betapa selesanya memakai kasut yang menggunakan teknologi BOOST ini. Untuk model kegemaran ramai UltraBOOST, Adidas bakal menambah lagi keselesaan kasut berkenaan dengan teknologi Clima.

Model dengan teknologi Clima pernah muncul untuk model ClimaCOOL dan Adidas mencuba pula teknologi ini untuk kasut UltraBOOST. Kain Primeknit yang lebih loose digunakan untuk memastikan pengudaraan yang lebih pada bahagian kaki.

3 warna akan dihasilkan iaitu triple white, triple black dan kelabu. Ianya tidak akan hadir pada tahun ini dan dijangka akan keluar pada April tahun hadapan. UltraBOOST dijual sekitar RM700 sebelum ini dan jangkakan model ini juga akan dijual pada harga yang sama. Cukup masa untuk resellers kumpul duit. Steady Adidas.

Adidas 1

adidas 2