Selepas tular khabar angin berkenaan kerjasama antara adidas dan jenama mewah Prada bulan lalu, Prada dan adidas secara rasmi mengesahkan berita tersebut semalama.

Kedua-dua jenama memuat naik gambar kotak kasut adidas yang disimpan dalam beg kertas ikonik Prada. Tiada pengumuman bila koleksi khas ini akan berada di pasaran tetapi kemungkinan besar ianya mungkin dilancarkan seawal bulan Disember (sebelum Krismas).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Butik Foot District berkongsikan gambar konsep bagaimana rupa kasut kolaborasi antara Prada dan adidas ini di laman Twitter mereka. Buat masa ini, adidas belum lagi memuat naik sebarang rekaan daripada koleksi kolaborasi ini.

Bagaimana pula dengan harga? Kemungkinan kasut dalam koleksi ini akan dijual bermula pada harga USD350 (~RM1,500) dan ke atas. Untuk sebarang maklumat terkini, anda boleh ke laman rasmi adidas x Prada di sini.

Ianya sudah menjadi trend dalam dunia fesyen apabila jenama mewah mula mengiktiraf fesyen streetwear. Supreme x Louis Vuitton adalah antara kolaborasi high fashion dan streetwear pertama yang berjaya.

Koleksi Supreme X Louis Vuitton Wujud Dan Anda Mungkin Tidak Dapat Membelinya

Coach Dan Michael B Jordan Hasilkan Koleksi Edisi Khas Bersama Naruto