Hype untuk model adidas UltraBOOST nampaknya perlahan mungkin disebabkan persaingan jenama lain menawarkan rekaan dan keselesaan hampir sama dengan harga lebih berpatutan. Oleh ini disebabkan itu adidas umumkan mereka bakal mengeluarkan warna baru untuk UltraBOOST 4.0 dengan warna ‘Cloud White’.

Rekaan warna adidas ini bakal dikeluarkan dengan pek ‘Show Your Stripes’. Untuk rekaan kali ini adidas masih mengekalkan fabrik Primeknit pada bahagian atas dan warna ‘Tech Ink’ pada three stripes. Selain itu adidas menambah warna ‘Ash Pearl’ pada bahgian tumit kasut dan dibahagian tapak kasut untuk memberikan gambaran berbeza untuk UltraBOOST kali ini.

adidas UltraBOOST 4.0 ‘Show Your Stripes’ bakal dikeluarkan pada bulan Ogos ini dengan harga $180 (RM780+-) di laman web adidas dan outlet adidas terpilih.

adidas-ultraboost-4-0-show-your-stripes-white-002

adidas-ultraboost-4-0-show-your-stripes-white-003

adidas-ultraboost-4-0-show-your-stripes-white-004

adidas-ultraboost-4-0-show-your-stripes-white-005