Sempena musim bunga yang semakin hampir ini, adidas baru-baru ini telah mengeluarkan tiga warna baru untuk adidas Ultra Boost Laceless untuk tahun ini.

Ketiga-tiga model Ultra Boost Laceless ini ditawarkan dengan warna pastel dan fabrik Primeknit yang lembut dengan warna biru, ungu dan hijau. Setiap model turut dilengkapi dengan tumit yang sepadan ribbed midfoot, Boost yang berwarna putih ditepi kasut serta tapak kasut dari getah Continental.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiada tarikh rasmi lagi bila ketiga-tiga warna kasut baru ini akan mula dijual oleh pihak adidas. Perhatikan semua tiga jenis warna adidas Ultra Boost Laceless ini, warna manakah yang menarik minat anda untuk memiliki kasut ini?

ADIDAS-ULTRA-BOOST-LACELESS-1

ADIDAS-ULTRA-BOOST-LACELESS-2

ADIDAS-ULTRA-BOOST-LACELESS-3