Sejurus selepas mengumumkan pelan kerjasama bersama adidas pada tahun lalu, Fitbit pada tahun ini telah mengumumkan smartwatch terbaru mereka dengan kolaborasi bersama adidas.

Smartwatch yang difokuskan buat larian ini didatangkan bersama rekaan trademark adidas dibahagian muka jam. Dari segi aplikasi, adidas Train bakal membantu antara menawarkan latihan dan laporan larian anda secara terperinci.

Melihat kepada kolaborasi diantara adidas dan Fitbit, jelas perjalanan mereka untuk menjadi sebaris dengan kolaborasi Nike bersama Apple Watch masih jauh. Dalam pada itu, sebuah langkah yang baik dalam memberi saingan buat smartwatch dengan ciri sukan buat para pengguna.

Smartwatch Fitbit Ionic bakal mula dijual pada harga $330 (~RM1297.39) dimana para pengguna boleh mendapatkannya menerusi atas talian dan di rangkaian kedai fizikal bermula 19 Mac ini. Adakah anda salah seorang yang berminat untuk mendapatkannya?