Buat peminat siri Game of Throne, adidas kini tampil berkolaborasi dengan HBO menghasilkan kasut edisi khas, koleksi Ultraboost yang diperkenalkan secara rasminya pada hari ini.

Koleksi edisi khas ini terdiri daripada enam model Ultraboost 4.0s yang merujuk kepada watak-watak Game of Thrones iaitu Watch Night, White Walkers, House Targayen, Daenerys’ dragon, House Stark dan House Lannister yang dihasilkan dengan pelbagai warna

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan kolaborasi ini secara tidak langsung bakal menggabungkan peminat jenama sukan ini bersama peminat siri popular ini. Naib Presiden Perlesenan dan Runcit HBO, Jeff Peters pula beranggapan kolaborasi antara adidas adalah peluang yang menarik yang mereka cari untuk mengakhiri siri akhir Game of Thrones dengan menghasilkan koleksi sneaker bersama gergasi industri seperti adidas.

Buat peminat Game of Thrones, pastinya anda sudah tidak sabar menunggu  untuk memilik koleksi terhad ini untuk disarungkan pada kaki anda untuk siri akhir Game of Thrones pada 14 April ini. adidas x Game of Thrones ini bakal berada di laman rasmi adidas dan butik-butik yang terpilih pada 22 Mac ini.

game-of-thrones-adidas-ultra-boost-nights-watch-EE3707-release-date

adidas-ultra-boost-game-of-thrones-white-walkers-EE3708-release-date

adidas-ultra-boost-game-of-thrones-targaryan-white-ee3711-release-date

adidas-ultra-boost-game-of-thrones-house-targaryen-ee3709-release-date

adidas-ultra-boost-game-of-thrones-house-stark-EE3706-release-date

adidas-ultra-boost-game-of-thrones-house-lannister-ee3710-release-date