Kolaborasi Adidas bersama Parley diteruskan lagi tahun ini dengan koleksi kedua dan masih mengekalkan konsep penggunaan plastik kitar semula sebagai material utama kasut ini.

3 model boleh dipilih dari koleksi ini iaitu Ultraboost, Ultraboost X dan Ultraboost Uncaged. Parley adalah sebuah non-profit organization di mana kolaborasi Adidas ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya plastik yang semakin banyak memenuhi lautan di seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=U7K8VIqmj-M

Botol-botol plastik yang dikutip di lautan ditukarkan menjadi material pembuatan kasut Adidas X Parley ini. Sebanyak l1 botol plastik digunakan untuk pembuatan setiap pasang kasut; di mana plastik ini digunakan untuk membuat tali kasut, sock liner dan bahagian heel cage kasut ini.

Koleksi terbaru adidas X Parley ini adalah usaha Adidas untuk membuat 1 juta pasang kasut Ultraboost menggunakan plastik yang kita kutip di lautan. Adidas turut bertukar kepada menggunakan paper bag di outlet mereka; di mana mereka berjaya mengurangkan penghasilan beg plastik sebanyak 70 juta unit.

Koleksi Adidas X Parley ini akan berada di pasaran 10 Mei depan. Warna biru yang dipilih juga adalah sebagai tribute kepada lautan biru yang mereka inginkan bebas dari plastik di masa hadapan. Kudos Adidas! Dan dengan adanya peminat tegar Ultraboost, kasut ini semestinya laris. Kenalah standby di laman web rasmi Adidas 10 Mei ini jika anda mahu beri sokongan usaha murni Adidas ini.