Sudah agak lama tiada drop baharu untuk model YEEZY 350 V2 ini dan semalam, adidas Malaysia menerusi laman Facebook membuat pengumuman bahawa model YEEZY 350 V2 ‘Butter’ akan mula dijual pada 30 Jun ini.

Ianya akan dijual secara atas talian dan juga di butik adidas Originals KLCC. Segala terma dan syarat boleh dibaca melalui link di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

JD Sports Malaysia juga turut membawa masuk model Yeezy ini dan anda perlu muat turut dahulu Apps JD Sports untuk layak mendapat raffle untuk membeli kasut ini.

Yeezy ini akan dijual pada harga RM930. Jika anda berminat untuk sarung sepatu baharu untuk ke rumah terbuka sempena hari raya ini, bolehlah cuba mendapatkan kasut ini. Semoga berjaya.