Sebelum ini, adidas telah berkongsikan model Yeezy BOOST 350 V2 dalam versi ‘Triple Black’. Kini, koleksi tersebut sudah mempunyai tarikh rasmi untuk pelancarannya dan ianya bakal tersedia di butik-butik adidas mulai bulan Jun 2019.

Koleksi ini akan ditawarkan dalam pelbagai saiz termasuk kanak-kanak dan bayi yang akan tersedia mulai 8 Jun 2019 ini manakala untuk versi reflektif yang terhad pula akan tersedia satu hari lebih awal di butik-butik adidas pada 7 Jun 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setiap permukaan kasut ini diwarnakan hitam dan diperbuat daripada kain Primeknit yang pastinya selesa. Bermula Jun ini, kedua-dua pilihan koleksi ini akan tersedia di butik adidas terpilih dengan harga jualan $220 (RM912.47) seunit.

Baca lagi:adidas Yeezy Boost 350 V2 ‘Triple Black’ Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi