Setelah lama dinanti peminat serta reseller, nampaknya adidas YEEZY 700 ‘Inertia’ bakal dijual bermula esok. Khas buat para peminat di Malaysia, CROSSOVER Store nampaknya bakal menawakan model hype terbaru ini.

https://www.facebook.com/notes/crossover/adidas-originals-yeezy-boost-700-inertia-eg7597-in-store-launch-terms-conditions/2525685587444997/

Menerusi penjualan pada kali ini, cuma pembelian di butik ditawarkan dimana anda boleh mendapatkannya di CROSSOVER yang bertempat di Mid Valley. Setiap pembeli cuma berpeluang mendapatkan satu pasang sahaja. Anda boleh klik pautan di atas untuk mengetahui lanjut mengenai terma dan syarat.

Menariknya, pada kali ini, adidas YEEZY 700 dijual dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM1,400. Berdasarkan harga yang ditawarkan, pastinya harga yang dijual oleh reseller akan jauh lebih tinggi.