Sekitar bulan lalu, gambar model kasut adidas iaitu Yung 1 mula tersebar di internet yang dikatakan syarikat ini sedia untuk merombak kembali kasut popular zaman 90-an ini.

Hari ini pengarah urusan konsep adidas Originals, Till Jagla telah mengesahkan di Instagramnya dengan beberapa gambar kasut baru dan memberikan sedikit latar belakang sejarahnya mengenainya sejarah sneakers adidas Yung 1.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pembelajaran yang paling menarik untuk saya ialah semua kasut jenama yang telah dicipta pada akhir 90-an / awal tahun 2000 mewakili memori kolektif untuk generasi muda. Maka pengeluaran kasut ini lebih menjadi ikutan apabila mula dilancarkan berdasarkan trend semasa. Dunia ini adalah arkib untuk seluruh generasi.” ulas Till Jagla.

Setakat ini masih belum ada tarikh rasmi serta pengumuman harga daripada pihak adidas. Adakah kasut Falcon Dorf ini bakal menjadi hype seperti mana era 90-an ‘King of Clunky Sneakers’? Adakah anda salah seorang yang berminat dengan sneakers bersaiz besar seperti ini?

https://www.instagram.com/p/BeUsgHEhOuH/?taken-by=till.jagla