Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

4 orang dari Malaysia tersenarai sebagai muka baru hartawan Forbes tahun ini iaitu adik beradik Tan, Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei yang memiliki MR DIY Group (M) Bhd, Tan Sri G Gnanalingam yang memiliki Westports Holdings Bhd dan juga Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Greatech Technology Bhd, Tan Eng Kee.

Difahamkan, kekayaan Yu Yeh dianggarkan bernilai AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) manakala, Yu Wei sekitar AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion). Menurut Forbes, kekayaan dua beradik ini hasil daripada pegangan dalam perniagaan kedai perkakasan kediaman MR DIY.

Manakala Tan Sri G Gnanalingam pula dianggarkan kekayaan sebanyak AS$1.7 bilion (RM7.02 bilion). Nilai kekayaan Tan Eng Kee pula bernilai AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Hartawan Malaysia yang masih berada dalam senarai berkenaan adalah pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai kekayaan kira-kira RM40.1 bilion, Ananda Krishnan pula bernilai RM24 bilion, dan Tan Sri Teh Hong Piow juga bernilai RM24 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula miliki kekayaan bernilai RM5 bilion dan  Pengerusi Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon dan keluarganya miliki nilai kekayaan kira-kira RM16.1 bilion dan Pengasas Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai kekayaannya bernilai RM14.5 bilion.

Di peringkat global, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos masih kekal sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$177 bilion (RM730 bilion). Senarai hartawan Forbes 2021 menamakan 2,755 individu, termasuk 493 pendatang baharu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Netizen Simpati Gadis Ini Bayar RM34 Untuk Air Starbucks Pertama Beliau Kerana ‘Add On’

‘Air Kotor Dan Menyedihkan’- Lelaki Ini Kecewa Lihat Keadaan Zoo Negara Tidak Diselenggara

Anda Mungkin Suka