Bulan lepas, seorang jurugambar merakam gambar seorang budak lelaki memakai jersi Lionel Messi diperbuat daripada plastik dan ianya menjadi perhatian dunia termasuk Messi sendiri.

Budak lelaki itu, yang kemudiannya berjaya ditemui bernama Murtaza Ahmadi, dari Jaghori, Afganistan berusia 5 tahun. Murtaza berkemungkinan berpeluang berjumpa dengan idolanya itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Agensi Bola Sepak Afghanistan mengesahkan di blog mereka bahawa satu pertemuaan antara Messi dan Murtaza akan dirancang. Bagaimanapun tiada tarikh atau maklumat lanjut bila dan di mana pertemuan itu akan berlaku.

Cerita di sebalik jersi plastik ini adalah bapa Murtaza, Arif Ahmadi tidak mampu untuk membeli Murtaza sehelai jersi sebenar untuk anaknya itu. Jadi abang Murtaza membuat satu baju jersi Messi diperbuat dari beg plastik untuk Murtaza. “Kadangkala apabila Murtaza bangun di tengah malam, dia menangis untuk berjumpa dengan Messi,” terang bapanya.

Menurut CNN, Murtaza mula dikenali di kampungnya seperti seorang selebrti. Namun, keinginannya untuk bertemu dengan Messi masih belum tercapai. Diharap pertemuan Murtaza dan Messi tercapai satu hari nanti. Mana tahu Murtaza dapat menjadi seorang bintang bola Afghanistan di masa hadapan apabila beliau mendapat tips dari Lionel Messi nanti?

Messi boy 1

Sumber