4 hari yang lalu kami telah kongsikan kisah lamaran seorang lelaki di China ditolak walaupun telah menyediakan 99 Iphone 6 untuk wanita yang dicintainya.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Baca di sini: Lamaran Ditolak Selepas 99 Iphone 6 Dijadikan Bentuk Love. Ouch!

Berbeza pula kisahnya dengan adik Fizo Omar yang bernama Wan Diana Omar ini. Kisah Wan Diana dan pasanganya telah menjadi viral di internet sejak semalam.

ip

Ia berlaku di Instagram, di sini.

Tunang Wan Diana yang menggunakan ID Instagram @mhfzz telah memuatnaik 1 gambar yang mengandungi sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf.

To – Wan Diana

IM Sorry :(

Please forgive me

IM Outside, plz come out baby”

Kemudian Wan Diana re-post gambar tersebut di akaunnya yang boleh diakses oleh public.

ip3

Susulan itu, Wan Diana telah memuatnaik 1 gambar yang menunjukkan sebuah Iphone 6 dan dipercayai sebelum ini Iphone 6 itu dibungkus di dalam nasi ayam tadi. Ia satu kejutan buat Wan Diana dari tunangnya dalam usaha memujuk orang yang sedang merajuk. Respon dari Wan Diana adalah positif :) Dan dia turut speechless dengan kejutan ini.

i6

Seorang pengguna Instagram bernama Afiq Mahadhir menyatakan pemberian Iphone 6 oleh tunang Wan Diana adalah sesuatu yang tidak perlu didengkikan oleh segelintir orang. Hal ini kerana tunang Wan Diana seorang yang berkemampuan dan berjaya di dalam bisnes. Malah, dia menyatakan tunang Wan Diana bernama Hafiz ini memiliki Lamborghini dan juga kilang di usia muda.

ip5

Instagram tunang Wan Diana Omar

ip6

Tunang Wan Diana Omar ini juga merupakan sepupu kepada Shila Amzah.

ip7
ip9

Banyak komen-komen negatif dilemparkan kepada pasangan bakal pengantin ini gara-gara merajuk dapat Iphone 6. Sepatutnya kita mendoakan kebahagiaan orang, bukan sebaliknya. Barulah hidup aman damai dan harmoni.

Ada juga yang mengimpikan pasangan masing-masing semanis tunang Wan Diana Omar :)

Kepada pasangan Wan Diana Omar dan Hafiz, selamat ke jinjang pelamin pada Disember ini dan semoga kekal hingga ke Jannah.

Happy Ending :)

ip0

LIKE The Vocket di Facebook

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group