Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung isu pemilikan saham-saham syarikat serta mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat.

Bagi Azam Baki, tuduhan itu dibuat untuk memburukkan reputasinya yang sudah bekerja lebih 30 tahun bersama SPRM. Justeru, tindakan undang-undang bakal diambil ke atas pihak-pihak tertentu dan pemilik akaun Twitter ‘Edisi Siasat’ turut berkemungkinan besar akan diheret ke mahkamah, katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Now.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam laporan MalaysiaKini, Azam Baki telah memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya telah digunakan oleh adiknya iaitu Nasir Baki untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Pihak LPPR, yang dipengerusikan oleh Abu Zahar Ujang turut berpuas hati dengan penjelasan Azam Baki bahawa ia tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau manfaat kewangan dalam pemerolehan saham tersebut.

Bagi beliau, tindakan berdiam diri adalah kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila membenarkan adiknya untuk membuat urusan urus niaga menggunakan akaunnya bagi membeli saham di pasaran terbuka.

“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM. Bagaimanapun, saham-saham tersebut kemudian dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir).

“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo!

Dakwaan ‘Edisi Siasat’ hanya satu rekaan, Ketua Polis Negara mahu cari pemilik akaun. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dakwaan ‘Edisi Siasat’ Hanya Rekaan, Ketua Polis Negara Mahu Cari Pemilik Akaun

Dedah Salah Laku Penguat Kuasa, Polis Minta Bantuan SKMM Kesan Pengendali Twitter Edisi Siasat