Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kim Yo-Jong, adik kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un memberi amaran kepada kerajaan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Joe Biden agar tidak membuat perkara-perkara yang menggugat keamanan Korea Utara.

Dalam laporan yang dikeluarkan CNN, Yo-jong dikatakan berang dengan AS yang sengaja menjalankan latihan ketenteraan di negara jirannya, Korea Selatan.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

“Jika Seoul melakukan tindakan yang lebih provokatif, kami dapat mengambil tindakan khusus dengan tegas membatalkan perjanjian tentera Korea Utara-Korea Selatan,” katanya.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan kerajaan AS yang baru. Jika mahu tidur dengan nyenyak selama empat tahun mendatang, lebih baik jangan bertindak menyebarkan bau pada langkah pertama,” katanya.

“Mereka mungkin mengharapkan ‘pertimbangan fleksibel’ dan ‘pemahaman’ dari kami, tetapi itu tidak masuk akal, tidak sopan dan bodoh,” kata adik Kim Jong-un, merujuk kepada latihan ketenteraan AS dan Korea Selatan.

Korea Utara sebenarnya sudah lama menuntut agar Seoul dan Washington menghentikan latihan ketenteraan mereka. Di mana Pyongyang melihat ini adalah langkah AS untuk mengganggu hubungan baik di antara dua jiran Korea.

Pada masa yang sama, Seoul turut menyatakan pihaknya berharap Pyongyang akan menunjukkan pendekatan yang berhemah untuk latihan ketenteraan kerana Korea Selatan dan AS hanya melakukan latihan ketenteraan tahunan pada musim bunga dan musim panas, serta latihan kecil sepanjang tahun.

Tentera Korea Selatan mengatakan bahawa pada tahun 2019 sahaja, Pyongyang melakukan sebanyak 13 ujian peluru berpandu dan menunjukkan beberapa jenis peluru berpandu balistik baru, termasuk pelancar roket dwi super besar dan peluru berpandu balistik yang dilancarkan kapal selam.

Calon pemimpin Korea Utara, Kim Yo-jong dinilai lebih kejam daripada Kim Jong-un. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un

Kim Yo Jong, Puteri Korea Utara Yang Dingin Dan Kejam, Lebih ‘Badass’ Daripada Abangnya

Kim Jong-un Hantar Surat Untuk Hiburkan Rakyat Korea Selatan Yang Diserang COVID-19

 

Anda Mungkin Suka