Apa anda rasa kalau anda membeli kasut edisi khas yang dibeli pada harga 2000 pound (lebih kurang RM12,000) dan kemudiannya kasut itu adalah kasut fake/replica?

Rasa kesian pula pada adik ini yang membeli kasut fake ini pada harga berkenaan. Adik ni muat naik gambar kasut yang baru dibelinya siap dengan harga yang beliau bayar. Kasut yang dimaksudkan adalah Adidas Yeezy 350 ‘Pirate Black’. Menerusi gambar itu, para peminat kasut atau sneakerheads di Malaysia ni pun perasan ada sesuatu yang tak kena dengan kasut itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yeezy

Saudara Dinie di Twitter menyatakan kasut itu fake kepada gadis Little Miss Khan ini tapi Miss Khan tetap bertegas kasut yang dibelinya itu original. Tapi mata sneakerheads ini teliti. Sekilas pandang mereka dah tahu kasut itu original ataupun tidak. Tapi Miss Khan tetap dengan pendiriannya dan siap memperlekehkan siapa yang menegurnya.

IMG_5403

adik-neelofa

IMG_5405

Siap kata dia ada personal shopper yang tolong belikan kasut itu untuk dia. Yang menegur tu tujuan dia mungkin nak beritahu yang Miss Khan dah terbeli kasut palsu. Mungkin beliau boleh refund kembali duit beliau tu dan beli yang original. Kasut palsu ni memang tak ada harga. Lagipun beliau dah terlebih bayar sebab kasut ini sebenarnya boleh dapat di pasaran dalam lingkungan RM3000-RM4500 bergantung kepada saiz.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa kasut Yeeezy 350 ini sangat mahal, ianya direka oleh rapper terkenal Kanye West dan kasut ini kuantitinya adalah sangat terhad di seluruh dunia. Disebabkan beliau kini adalah salah seorang ikon fesyen dunia, jadi apa sahaja yang dipakai atau di endorsed oleh Kanye akan menjadi perhatian. Kasut Yeezy 350 ini asalnya hanya sekitar RM800 sahaja. Tetapi kasut ini harganya menjadi berlipat kali ganda daripada harga asalnya disebabkan re-sellers yang menetapkan berapa harga semasa kasut ini patut dijual.

Kanye West (tengah), Tyga (kanan) dan keluarga Kardashians memakai Yeezy 350
Kanye West (tengah), Tyga (kanan) dan keluarga Kardashians memakai Yeezy 350
Justin Bieber juga peminat Yeezy 350 ini
Justin Bieber juga peminat Yeezy 350 ini

Jadi jika anda berminat untuk membeli kasut ini mungkin untuk dipakai pada hari raya nanti, di sini saya sediakan beberapa tips untuk mengenal pasti sesuatu Yeezy itu original atau fake.

1. Pull Tab di belakang kasut

Y1

Lihat pada bahagian kotak hijau jahitan di kawasan jahitan merah. Jahitan kasut yang original lebih tebal dan kemas. Dan jahitan merah itu betul-betul di bahagian tengah.

2. Suede di bahagian tepi kasut

y2

Suede di bahagian tepi lebih kemas dan cantik serta warnanya hitam pekat. Jahitannya juga berbeza.

3. Tapak kasut

y3

Tiada perbezaan sangat antara palsu dan original. Tetapi garisan yang terdapat pada tapak kasut yang original lebih tebal. Tapak kasut yang original juga hitamnya tidak berkilat. Plus, pada bahagian boost, pastikan ada bintik-bintik atau nipples.

4. Jahitan pada tumit

y4

Perhatikan jarak heel tab antara yang original dan palsu.

5. Primeknit

y5

Yeezy menggunakan kain primeknit yang lembut untuk keselesaan pemakai. Jadi kalau ianya tidak menggunakan kain primeknit dan ianya tidak lembut, ianya palsu.

6. Perforated leather

y6

Kulit bahagian dalam di kawasan suede tadi. Bintiknya teratur pada yang original.

Tetapi ada juga kasut Yeezy dari gred yang sangat bagus dinamakan ‘Unauthorized Authentic‘. Tips di atas ni hanya sebagai reference saja tetapi kena tengok juga di tempat-tempat lain antaranya di dalam video ini yang turut menerangkan dengan teliti antara yang original dan palsu.

Jadi diharap artikel ini dapat membantu anda membezakan Yeezy 350 yang original atau yang palsu. Tidak dapat disahkan sama ada Miss Khan betul-betul membayar RM12 ribu untuk kasut ini atau beliau saja-saja letak harga berkenaan padahal beliau beli di uptown saja. Sepasang RM150. Haha, gurau-gurau saja Miss Khan. #MuahCiked

Kemaskini: Miss Khan telah membuang gambar Yeezy di Instagramnya selepas ramai-ramai sneakerheads memberitahu kasutnya Fake.