Adik kepada aktor Paul Walker berkata mereka bersedia untuk membawa watak Brian O’Conner untuk dua sekuel seterusnya jika perlu.

Caleb dan Cody banyak membantu dalam menghabiskan adegan abang mereka untuk Furious 7 selepas Paul meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Selepas kematiannya, pihak produksi menggunakan teknik superimpose untuk meletakkan wajah Paul kepada Caleb dan Cody.

“Saya cuma berharap jika ada cameo untuk membawa kembali Paul dalam franchise ini, saya sedia untuk membantu. Ianya satu impian untuk melihat kembali watak Brian dalam salah satu filem F&F akan datang,” kata Caleb berkongsi kepada AP.

“Saya rasanya iania boleh dilakukan tetapi caranya perlulah tepat,” tambah Cody. Namun ada peminat yang berpendapat franchise F&F sudah boleh bergerak sendiri tanpa Paul dan tidak memerlukan adik beradik ini untuk mewujudkan kembali watak Paul.

Tetapi jika ianya untuk filem terakhir F&F dan sebagai satu tribute untuk Paul, ianya releven. Sekiranya pengakhiran franchise ini adalah Toretto perlu kembali berlumba street racing dan Paul sebagai lawannya, ianya pasti akan jadi menarik.

Sumber