Tanggal 13 Ogos menjadi tragedi yang malang buat keluarga Melinda Susilanini apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu di Songkhla mereka meragut nyawa lima orang pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan.

Berikut insiden tersebut, adiknya di laman Facebook Akma Azalan, telah tampil untuk menjelaskan situasi dimana punca kemalangan berlaku disebabkan mereka terlanggar sesuatu yang membuatkan stereng kereta mereka lock sekaligus gagal dikawal lalu merempuh enam mangsa tersebut.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Assalamualaikum wbtDANA UNTUK ALONGPada 13/8/2019Saya selaku adik kepada Melinda Susilanini , mengikut laporan…

Posted by Akma Azalan on Tuesday, 13 August 2019

Walaupun kereta mereka terbalik serta hancur di beberapa tempat, ketiga-tiga mereka yang berada di dalam kereta selamat serta cuma mengalami kecederaan ringan sahaja.

Meskipun kejadian ini berlaku secara tidak sengaja, kakaknya terpaksa ditahan di lokap sementara menunggu ikat jamin dan diminta untuk membayar jaminan sebanyak mencecah RM60,000. Pihak mereka turut mendapatkan perkhidmatan daripada Tourist Assistance Centre (TAC) bagi mengurangkan kos tuntutan jaminan tersebut.

Setakat ini kakak sulungnya sedang menguruskan perihal ini bersama TAC memandangkan pemandu tidak dapat pulang ke Malaysia berikutan pihak polis yang memegang passport mereka.

67880466_2264813566920015_7183706529139261440_n

Sumber: Facebook Akma Azalan

Sehubungan dengan itu, adik pemandu iaitu Akma Azalan memohon kerja sama serta belas insan Rakyat Malaysia untuk meringankan beban mereka untuk menyumbang ke akaun ibu mereka. Buat anda yang ingin menyumbang anda boleh klik di sini untuk mendapatkan nombor akaun.

Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat bagi memudahkan keluarga pemandu untuk pulang ke Malaysia dengan selamat.

Anda Mungkin Suka