Sebagai seorang peminat Marvel, pasti anda pernah berharap bahawa ada watak adiwira dari Malaysia. Betul tidak? Anda pasti akan teruja dengan berita yang akan disampaikan ini.

Terbaharu, 4 watak adiwira telah diperkenalkan dalam permainan video MARVEL Future Fight. Apa yang menjadi tumpuan adalah salah satu watak adiwira tersebut mewakili Malaysia. Wow, sungguh mengujakan bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, 4 watak adiwira yang baharu ini merupakan pasukan Warriors of the Sky dimana tampil dengan Sun Bird dari Malaysia, War Tiger dari Thailand, Blue Dragon dari Vietnam dan Shadow Shell dari Taiwan.

Menurut Danny Koo, produser permainan video Marvel, karakter-karakter yang ditampilkan adalah diinspirasikan daripada kisah-kisah dongeng setiap negara. Malah, setiap karakter memiliki perbezaan latar belakang.

Kemungkinan besar karakter-karakter ini akan dimasukkan dalam komik kelak dan mana tahu mungkin berada dalam filem pula. Lihat gambar karakter-karakter tersebut di bawah ini.

sun-bird-marvel-malaysia_3d3g

shadow-shell-taiwan-marvel_h6kz

war-tiger_nzz6

blue-dragon-marvel_svee

Memang menarik karakter baru yang ditonjolkan ini dan pastinya satu berita yang menggembirakan buat kita peminat Marvel. Berikan pendapat anda mengenai karakter Sun Bird dari Malaysia sama ada anda menyukai karakter tersebut atau tidak?

Sebelum ini, Pos Malaysia menjual koleksi setem Marvel. Bagi anda yang tidak tahu, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Pos Malaysia Perkenalkan Koleksi Setem Marvel Edisi Terhad

Marvel Lelong Semua ‘Props’ Siri Netflix Yang Dibatalkan

Sony Secara Halus ‘Troll’ Marvel Dengan Trailer Khas Night Monkey?

Sumber