Adolf Hitler, bekas ahli politik Jerman dan ketua kepada parti politik Nazi masih hidup dan berjaya memenangi pilihanraya? Itu persoalan yang berlegar pertama kali membaca laporan berita daripada Lad Bible.

Bagaimanapun, sangkaan kami mula meleset apabila membaca laporan penuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rupanya, yang disangkakan Adolf Hitler versi Jerman itu sebenarnya adalah Adolf Hitler versi Nambia. Dia sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan Adolf Hitler versi Jerman dan dia juga difahamkan tidak mempunyai rancangan untuk menakluk dunia.

Nama penuhnya adalah Adolf Hitler Uunona. Dia berasal daripada Nambia dan baru-baru ini, dia berjaya memenangi pilihan raya wilayah di sana. Dia berjaya memenangi pilihan raya setelah berjaya mendapat 85 peratus undi.

_115785646_hitler_councilor
Adolf Hitler Uunona

Uunona memberitahu media tempatan bahawa dia tidak ada kaitan dengan ideologi Nazi dan namanya itu diberi sendiri oleh ayahnya tanpa mengetahui kejadian yang menimpa dunia di sebalik nama terbabit.

Dia mengatakan bahawa isterinya memanggilnya Adolf. Manakala di acara rasmi pula dia senang dipanggil dengan nama Adolf Uunona. Dia juga menyatakan sudah terlambat untuk menukar namanya.

Adolf Hitler adalah seorang ahli politik Jerman dan pemimpin Parti Nazi. Semasa pemerintahan dari tahun 1933 hingga 1945, dia adalah individu yang mencetuskan Perang Dunia II di Eropah dengan menyerang Poland pada 1 September 1939.

Terdahulu, kedutaan Jerman kutuk aksi pelajar Malaysia buat simbol ‘Hail Hitler’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kedutaan Jerman Kutuk Aksi Pelajar Buat Simbol ‘Hail Hitler’, Minta Putrajaya Campur Tangan

Graduan IPTA Buat ‘Hail Hitler’ Tanda Solidariti Untuk Palestin Cetus Kemarahan Netizen