Nama Adora Chloe pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu apabila lukisannya untuk karakter ‘Shuri’ dari filem Black Panther terpilih untuk dimuat naik dalam instagram rasmi Marvel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pereka grafik yang berusia 28 tahun ini terkenal dengan hasil rekaannya yang cool sekali lagi mencuri tumpuan masyarakat terutamanya di Amerika Syarikat apabila hasil karyanya diberi penghargaan oleh kumpulan Paramore dengan memuat naik cenderahati daripada Adore Chloe di laman instagram mereka.

https://www.instagram.com/p/BgjpH-_BGEY/

Menurut beliau pin tersebut merupakan hasil kolaborasinya dengan Rhianna, pereka grafik dari New Zealand yang juga merupakan kenalannya. Pin tersebut telah dikirimkan oleh Rhianna yang mempunyai alamat pejabat Paramore di Amerika. Beliau kemudiannya diberitahu oleh teman lelakinya bahawa gambar pin pemberiannya sudah dimuat naik di laman Instagram kumpulan tersebut.

Pada mulanya pin tersebut dijual 100 unit sahaja namun permintaan jualan untuk pin tersebut seterusnya melonjak naik dan mereka memenuhi permintaan tersebut dengan menjual 100 unit lagi pin tersebut. Berikutan permintaan yang tinggi pin tersebut habis terjual dalam masa 5 jam sahaja.