AEON Credit Service (M) Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih suku kedua sebanyak RM80.6 juta berakhir 31 Ogos 2018. Keuntungan bersih ini meningkat sebanyak 13% berbanding tahun lepas sebanyak RM71.4 juta.

Pihak AEON menyatakan bahawa peningkatan ini disumbangkan oleh pertambahan pembiayaan motorsikal, pembiayaan auto dan pembiayaan peribadi. Hasilnya, nilai perolehan dicatatkan lebih tinggi sebanyak RM332.1 juta berbanding RM311.3 juta pada tahun sebelumnya.

Sumber: themalaysianreserve

Pendapatan lain disumbangkan dari hasil kutipan hutang lapuk, komisen jualan insurans dan yuran pemprosesan program kesetiaan yang berjumlah RM48.3 juta. Menurut kenyataan Pengarah Urusan AEON, Kenji Fujita syarikat itu optimis terhadap prestasi kewangan tahunan yang berakhir pada 28 Februari 2019 berdasarkan jadual pelan perniagaan.

Tambahnya lagi, landskap ekonomi semasa dijangka berada pada tahap optimum untuk membantu melonjakkan lagi pertumbuhan perniagaan.