Saat ini merupakan waktu yang sukar buat rakyat Malaysia dimana semua orang terkesan kerana penularan wabak pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Mana tidaknya, ada yang hilang punca pendapatan kerana tidak dapat berniaga dan mungkin diberhentikan kerja. Buat anda yang kehilangan punca pendapatan, kami ingin beritahu anda satu berita baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

100042258_10218674601442213_1414318166338699264_n

AEON Malaysia kini tawarkan peluang pekerjaan untuk menjadi penghantar barangan secara kontrak selama setahun. Menariknya, pihak AEON akan menyediakan sebuah motosikal untuk kegunaan anda dan akan memberikan motosikal tersebut kepada anda secara percuma selepas setahun.

Betul, anda tidak salah lihat. Bagi anda yang ingin memohon pekerjaan ini, anda haruslah warganegara Malaysia, berusia 25 tahun ke atas, kehilangan kerja kerana COVID-19 dan mempunyai lesen memandu yang sah.

AR-poster

Selain itu, anda juga tidak mempunyai sebarang kenderaan dan tiada rekod jenayah. Untuk pengetahuan anda, latihan akan disediakan dan waktu bekerja dari 11 pagi hingga 6 petang termasuk hari minggu atau cuti am. Anda diberikan cuti satu hari setiap minggu.

Buat anda yang berminat, bolehlah hantar pemohonan anda menerusi emel di [email protected] atau hubungi pihak aeon pada talian 012-3709750. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang AEON di sini. Selamat mencuba!

Sementara itu, Pos Malaysia turut tawarkan pekerjaan dan jika anda ingin ketahui lebih lanjut, klik sahaja pautan di bawah ini.

Lambakan Parcel Ketika PKP, Pos Laju Tawar Kerja Dengan Komisyen Mencecah RM6,000

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19