Kecoh di media sosial semalam apabila FINAS dikatakan menggesa kerajaan untuk wujudkan akta kawal selia kandungan video di Netflix.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi dan mendakwa FINAS mempunyai agenda tersendiri untuk menyekat kandungan di Netflix.ย Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat bahawa satu laman penstriman anak syarikat Malaysia cuba bersaing dengan Netflix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, para netizen menzahirkan rasa tidak puas hati dan mengatakan bahawa sepatutnya syarikat tersebut bersaing secara sihat dengan Netflix. Untuk pengetahuan anda, gambar yang baru tular di Twitter merupakan perkongsian yang dibuat oleh Aflix pada September yang lalu.

https://twitter.com/nralmi/status/1196240032228499456

Disebabkan gambar tersebut tular di media sosial, Coach Fadzil yang merupakan wakil daripada Aflix menerangkan bahawa kenapa laman penstriman mereka dinamakan Aflix dan mengatakan bahawa video-video yang akan berada di Aflix tidak seperti di Netflix dan ditapis.

photo_2019-11-18_10-55-41

Malah, menurut Coach Fadzil pihak Aflix tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak dan masih belum lagi dilancarkan lagi. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Wajarkah untuk sekat kandungan video di Netflix?

Sebelum ini, FINAS mencadangkan agar ada satu akta untuk kawal selia kandungan video di Netflix. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netflix Bakal Ditapis Oleh FINAS?

Pengguna Di Malaysia Berpeluang Menikmati Netflix Dengan Pakej Serendah RM17 Sebulan