Selepas hampir 10 tahun pengeksportan kereta ke Afrika Selatan terhenti seketika, akhirnya pengeluar kereta nasional Proton telah membuat penghantaran semula kenderaan pertamanya ke negara itu pada Jumaat, 27 Mei yang terdiri daripada Proton X50, Proton X70 dan Proton Saga.

Kapal kargo yang membawa kesemua kenderaan itu berlepas dari Westport, Klang, dan dijangka tiba di Durban, Afrika Selatan, pada Julai tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Penghantaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting yang dicapai oleh Proton tahun ini. Afrika Selatan adalah pasaran yang matang dan berdaya saing, tetapi kami yakin Proton X50, Proton X70 dan Saga mempunyai gabungan ciri dan nilai yang tepat untuk bersaing dengan jenama lain di sana.

Sumber Gambar: Proton

“Kumpulan CMH, sedang buat terbaik untuk menyediakan rangkaian pengedaran mereka dan mahu melancarkan model kami menjelang akhir suku ketiga tahun ini. Sebelum ini, beberapa ahli Kumpulan CMH telah melawat Malaysia minggu lepas untuk mengadakan perbincangan dengan pasukan kami dan melawat kilang di Tanjung Malim,” kata Steven Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa, Proton.

Pertumbuhan jualan eksport Proton pada tahun ini telah dibantu oleh model Proton X50 dan X70 dengan kedua-duanya menunjukkan peningkatan dalam permintaan masing-masing sebanyak 77% dan 31%. Bagi suku pertama tahun ini, jumlah jualan eksport telah meningkat sebanyak 175% dalam tempoh yang sama pada 2021 dan jumlah itu dijangka meningkat apabila syarikat menyasarkan untuk meningkatkan jualan eksport sebanyak lebih daripada 300% menjelang akhir tahun.

Sejak tiga tahun lalu, walaupun keadaan pasaran tidak stabil disebabkan COVID-19, Proton telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam peratusan keseluruhan eksport kenderaan Malaysia, daripada 12.8% jumlah eksport pada 2019, kepada 30.2% pada 2020 dan 61.0% pada 2021.

Sumber Gambar: Proton
Sumber Gambar: Proton

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Lihat model baharu Proton Saga yang dilancarkan baru-baru ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Proton Saga MC2 ‘Facelift’ Dilancarkan Dalam Empat Varian, Harga Bermula RM34,400

Hadir Dengan Rim Aloi Dan Lencana Logo Baharu, Proton Saga MC2 Bakal Dilancarkan Pada 12 Mei

Sumber