Perkahwinan campur atau dalam bahasa popularnya mix marriage bukanlah lagi sesuatu yang baru ketika ini. Malah kita sering saja mendengar mengenainya dilaporkan di dada-dada akhbar dan juga media sosial.

Seperti perkahwinan campur antara pasangan berbangsa Cina dan India dari Pahang yang terbit di Utusan Malaysia pada hari ini antara V. Mukesh Raj dan pasangannya, Lee Mei Ling.

WhatsApp-Image-2021-01-01-at-5.57.22-PM

Kedua-dua mereka yang kini berusia 20 tahun dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan pada semalam dan telah memilih agama Islam sebagai pegangan akidah mereka.

Menurut laporan itu juga, pasangan berkenaan telah memeluk islam pada 24 Disember yang lalu seperti dijelaskan Pengurus Cawangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) Daerah Jerantut, Nik Ahmad Tarmizi Nik Lam.

Mukesh difahamkan telah memilih Muhammad Mukesh Raj Abdullah manakala isterinya pula memilih Puteri Aqiela Aquiesya Abdullah sebagai nama Islam mereka.

“Mereka disyahadahkan oleh Mudir Madrasah Darul Uloom Al-Islamiyyah, Juhari Ali Al-Jenderaki yang beroperasi di Sungai Salan, Jerantut.

“Pengislaman mereka disaksikan Timbalan Kadi daerah, Muhammad Asri Abdul Rahim dan Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Jerantut, Muhamed Khairol Mohd. Salim,” katanya.

Baca juga perkongsian semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Masih Remaja Dan Bersekolah, Perkahwinan Pasangan Di Kelantan Ini Curi Perhatian Netizen

Permaisuri Agong Murka Akaun Instagram Ubah Suai Dan Hina Gambar Agong

‘Hacker’ Dari Malaysia Mengaku Serang 300 VPN Korporat Indonesia