Prof. Dr. Ahmad Zahro, seorang tokoh dalam Ilmu Fiq’h di UIN Sunan Ampel Surabaya menyatakan bahawa sebarang penyakit mampu diubati dengan hanya menggunakan ruqyah, termasuklah wabak coronavirus.

Ketika bercakap dihadapan orang ramai, Ahmad Zahro mengakui bahawa beliau percaya bahawa ruqyah lebih berkesan berbanding dengan perubatan moden. Beliau turut menggariskan bahawa seseorang itu perlu yakin dengan Allah dan tidak sombong mahupun takut.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Beliau juga menyatakan bahawa kehidupan yang berasaskan agama juga mampu untuk mencegah penularan wabak yang telah membunuh lebih 500 orang setakat ini di China.

Menurut Sindonews, Ahmad Zahro menyatakan bahawa wabak yang dilahirkan di Wuhan ini tidak akan merebak pada seorang muslim yang taat kepada Tuhan, sentiasa berzikir dan mengikut segala sunnah Nabi.

“Hampir semua penyakit terjadi kerana adanya syaitan, termasuk wabak corona. Ini dari sudut pandang spiritual, soal percaya atau tidak, itu tak menjadi masalah,” kata Zahro.

Tetapi tak semua menerima baik cadangan guru ini dan ada yang mempersoalkan kenyataan beliau sangat mengelirukan.

Di Indonesia, kebanyakkan mereka di sana percaya ruqyah mampu untuk menyelesaikan apa juga masalah. Dari masalah keluarga, identiti, dadah, k-pop atau homoseksual, ruqyah adalah ubatnya.

Ini dibuktikan oleh kenyataan Wakil Ketua DPR Fahri Hamzah pada Januari 2018 yang menyatakan bahawa LGBT adalah satu penyakit dan ia mampu disembuhkan hanya dengan ruqyah.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai coronavirus. Klik pautan di bawah.

Dijangkiti Coronavirus Selepas 30 Jam Kelahiran, Bayi Ini Cetus Misteri Dalam Kalangan Saintis

2 Hari Ubah Suai Bangunan Lama, Hospital Coronavirus Di China Siap Sedia Beroperasi

WHO Akui Silap Buat Penilaian, Risiko Jangkitan Coronavirus Sebenarnya Berada Di Tahap Merbahaya

Anda Mungkin Suka