Laporan terbaharu dari agensi perisikan Amerika Syarikat menuduh kerajaan China tidak jujur kerana menyembunyikan data sebenar jumlah kes COVID-19 di negara terbabit.

Berdasarkan sumber dari tiga pegawai AS yang dipetik dari Bloomberg, agensi perisikan tersebut menjelaskan dalam laporan rahsia Rumah Putih bahawa jumlah sebenar pesakit yang dijangkiti dan meninggal dunia akibat COVID-19 di China tidak dilaporkan kepada media.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kesimpulan daripada laporan rahsia itu adalah angka yang diumumkan kerajaan China adalah palsu,” kata sumber agensi perisikan AS.

Rumah Putih menerima laporan perisikan itu minggu lalu. Namun pada 1 April, Presiden AS, Donald Trump telah memberi kenyataan kepada media dengan menyatakan bahawa beliau belum menerima apa-apa maklumat dari agensi perisikan. 

Dalam masa yang sama, Trump menyatakan bahawa, “Apa yang jelas angka mereka kelihatan sedikit dan saya berniat baik bila saya katakan begitu.”

China telah melaporkan 82,361 kes virus corona dan 3,300 orang meninggal dunia menurut data dari Universitas Johns Hopkins. Jumlah itu jauh lebih tinggi dengan kes  pesakit COVID-19 di AS dengan jumlah keseluruhan adalah 244,000 kes dan lebih dari 6,000 kematian akibat wabak yang berasal dari Wuhan.

Kerajaan China masih mengambil sikap berdiam diri dengan tuduhan terbaharu ini, manakala wakil Presiden AS Mike Pence meminta China untuk lebih terbuka, “Kita akan mendapat lebih banyak manfaat jika China lebih terbuka.”

Terdapat keraguan pada data yang dilaporkan oleh China, baik di dalam dan luar negeri. Pemerintah China juga berulang kali menukar cara mereka mengira kes termasuk mengecualikan mereka yang positif COVID-19 tanpa gejala.

Bagi ketua pengarang Global Times, Hu Xijin memandang tuduhan terbaharu AS ini hanyalah cubaan untuk mengalih perhatian dunia dengan peningkatan kes kematian di AS dan negara barat, katanya di platform media sosial Weibo.

Tambah beliau lagi, tidak masuk akal untuk China bertindak menyembunyikan data apabila wabak ini telah menular dengan meluas di seluruh dunia. Bagi Hu, kejayaan China berjaya mengurangkan jumlah kematian di Hubei adalah dengan mengerahkan pekerja perubatan dari seluruh China untuk bertapak di sana.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19 di China, klik pautan di bawah.

‘Test Kit’ COVID-19 Bermasalah Dari China Buatkan Jumlah Maut Di Sepanyol Meningkat

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Baru Sahaja Umum Bebas COVID-19, China Terima 54 Kes Terbaru

Sumber