Umum mengetahui, Lisa Blackpink merupakan duta global rasmi jenama perhiasan mewah, BVLGARI. Keterujaan peminat bertukar duka apabila Lisa tidak dapat menghadiri acara Minggu Fesyen Paris.

Difahamkan Lisa yang telah pun berada di Paris bagi acara tersebut tetapi pihak YG Entertainment telah melarangnya untuk turut serta dalam sebarang acara di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BVLGARI Jean-Christophe Babin secara peribadi di Instagramnya untuk menjelaskan keadaan tersebut kepada peminat.

https://www.instagram.com/p/CUoxRnqsIGs/?utm_medium=copy_link

Menurutnya, pihak agensi Lisa iaitu YG Entertainment telah melarangnya sertai sebarang aktiviti di sana susulan penularan wabak COVID-19. Oleh itu, pihak BVLGARI tidak dapat mengambil gambar Lisa bersama duta yang lain untuk kempen jenama tersebut.

Penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif BVLGARI itu mendapat perhatian para peminat Lisa di seluruh dunia. Peminat mula perasan ada layanan ‘double standard’ selepas ahli Blackpink yang lain bebas menyertai acara besar tetapi tidak Lisa.

https://twitter.com/xvbierx/status/1445675718868811782

Rata-rata peminatnya mahukan keadilan diberikan kepada Lisa dan YG Entertainment sepatutnya memberikan layanan sama rata. Bukan itu sahaja, para peminat turut mengecam tindakan YG Entertainment kerana alasan yang diberikan hanya terpakai untuk Lisa sahaja dan bukannya ahli Blackpink yang lain.

Tahukah anda bagaimana Lisa boleh menjadi ikon K-Pop? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?

Baru 90 Minit Dilancarkan, Muzik Video Solo Lisa Blackpink Raih Lebih 10 Juta Tontonan

Peminat Kurang Senang Dengan Cara YG Entertaiment ‘Jaga’ Kebajikan Artis K-Pop