Nama Agilan Thani dan Muhammad Aiman tidak asing bagi peminat Mix Martials Arts (MMA). Minggu lalu, The Vocket berkesempatan untuk menemu bual Agilan Thani dan juga Muhammad Aiman.

Bagi anda yang mungkin tidak mengenali mereka, kami akan perkenalkan siapa mereka ini. Pertama sekali, kami akan perkenalkan Agilan Thani atau dikenali sebagai The Alligator berasal dari Sentul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siapa sangka, sebenarnya beliau pernah dibuli satu ketika dahulu kerana badan beliau ‘gemuk’ dan kemudiannya beliau mula serius untuk belajar seni mempertahankan diri ketika berumur 16 tahun.

DSC_4478

Beliau yang kini berumur 24 tahun telah mencipta nama dalam arena MMA dan pastinya bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan itu dan semestinya memerlukan usaha keras.

Muhammad Aiman atau dikenali sebagai Jungle Cat berasal dari Negeri Sembilan ini mula berminat dengan boxing ketika berumur 15 tahun. Pada umur beliau 17 tahun, beliau mula serius dengan ilmu seni pertahankan diri dan mula menyertai Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA).

Sebenarnya sebelum beliau mula berminat menyertai boxing, beliau mempunyai minat terhadap sukan lain seperti rugbi tetapi pencapaian beliau dalam sukan-sukan lain tidak cemerlang.

DSC_4232

Aiman kini berumur 24 tahun dan juga telah melakar nama dalam arena MMA telah mencurahkan keringat dan berusaha sehabis baik untuk mencapai kejayaan.

Agilan Thani dan Muhammad Aiman, masing-masing akan menyertai One: Mark of Greatness dan pastinya ini sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat tempatan. Agilan Thani akan berlawan dengan Mohammad Karaki atau dikenali sebagai O Lutador dari Lebanon dalam pertandingan welterweight.

Manakala Muhammad Aiman pula akan bertembung dengan Chen Rui dari China dalam pertandingan bantamweight. Perlawanan kedua-dua atlet negara kita ini pastinya akan menjadi satu pertempuran yang menjadi perhatian rakyat Malaysia khususnya.

DSC_4767

Menurut Agilan, peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin sekiranya beliau mahu bergelar pencabar kejohanan dunia sekali lagi dan akan menjadikan pengalaman lalu sebagai satu pengajaran.

Manakala Aiman pula teruja untuk kembali beraksi di gelanggang One Championship, lagi-lagi di Malaysia dan beliau akan memberikan persembahan yang terbaik. Pastinya ini satu cabaran buat Aiman untuk mengekalkan kemenangan beliau.

Menurut Agilan Thani dan Muhammad Aiman, masing-masing akan berusaha sehabis baik dalam pertempuran tersebut dan tidak akan menghampakan para peminat. Sokongan daripada peminat merupakan pembakar semangat untuk mereka beraksi lebih baik demi meraih sebuah kemenangan.

DSC_4707

Untuk pengetahuan anda, acara penuh berprestij ini bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 6 Disember 2019 ini. Pada acara One: Mark of Greatness ini bakal menampilkan 3 atlet MMA negara iaitu Jihin Radzuan, Agilan Thani dan Muhammad Aiman.

Jika anda ingin menyaksikan pertandingan One: Mark of Greatness ini, anda boleh beli tiket di sini berharga bermula daripada RM30 sahaja. Sama-samalah kita memberikan sokongan kepada ketiga-tiga atlet negara kita dan semoga mereka berjaya melakar kejayaan pada kejohanan tersebut.

Di bawah ini, kami senaraikan artikel berkaitan One Championship. Klik pautan di bawah ini ketahui lebih lanjut.

Agilan Thani Mahu Menyinar Di One Championship Malam Ini

Jihin Radzuan Menang Pertarungan Sulung One Championship